Tuesday, 8 May 2012

GAMBAR BERKAITAN




CONTOH SOALAN LATIHAN : BENTUK MUKA BUMI

Soalan 1 berdasarkan peta di bawah

1
Pernyataan yang manakah benar tentang kawasan berlorek dalam peta di atas ? 




I
Merupakan legeh sungai

II
Terdapat kawasan peranginan

III
Terletak Gunung Tahan

IV
Kawasan perlombongan




A
I dan II

B
II dan III

C
III dan IV

D
I dan IV


2
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang kepentingan Pentas Sunda ?




A
Kegiatan perlombongan bijih timah dijalankan di kawasan ini

B
Kawasan ini adalah curam dan mempunyai kedalaman kira – kira 500M

C
Bentuk muka bumi ini terbentuk kira – kira 300 juta tahun dahulu

D
Kawasan ini menggalakkan pertumbuhan plankton yang penting dalam sektor pertanian


Soalan 3 berdasarkan rajah di bawah



3
Pandang darat sawah padi di atas terdapat di kawasan





A
Switzerland

B
Pulau Jawa

C
Menam Chao Phraya

D
Dataran Kedah - Perlis


4
Bentuk muka bumi manakah yang berkaitan dengan pemendapan ombak ?




A
Tebing tinggi

B
Tanjung

C
Teluk

D
Tombolo


Soalan 5 berdasarkan gambar rajah di bawah



5
Pembentukan kerak bumi dalam rajah di atas kesan daripada




A
aliran sungai

B
proses hakisan

C
kuasa mampatan

D
letusan gunung berapi


Soalan 6 berdasarkan maklumat di bawah
  • Tanah Tinggi Cameron
  • Pergunungan Alps Switzerland


6
Kedua – dua tempat di atas mempunyai persamaan kepentingan sebagai kawasan




A
pembalakan

B
pelancongan

C
pindah ternak

D
tanaman hawa sederhana

 
7
Antara berikut bentuk muka bumi manakah dikaitkan dengan proses yang tepat ?


Bentuk Muka Bumi
Proses
I
Jeram
Hakisan sungai
II
Teluk
Hakisan ombak
III
Tanjung
Pemendapan ombak
IV
Gerbang laut
Hakisan angin



A
I dan II


B
II dan III


C
III dan IV


D
I dan IV



8
Manakah yang benar tentang ciri – ciri sungai di Malaysia ?




A
Panjang dan deras sesuai untuk penjanaan kuasa elektrik hidro

B
Isipadu air sentiasa banyak dan tetap sepanjang tahun

C
Menghubungkan kawasan pedalaman Malaysia

D
Sumber protien utama penduduk

Soalan 9 berdasarkan peta di bawah



  • Kawasan tanah pamah
  • Tanih aluvium
  • Rancangan pengairan

9
Pernyataan di atas merujuk kepada kawasan bertanda




A
I dan II

B
II dan III

C
III dan IV

D
I dan IV



Soalan 10 berdasarkan rajah di bawah



10
Bentuk muka bumi yang bertanda Y dalam rajah di atas ialah




A
anak tanjung

B
beting pasir

C
tombolo

D
lagun

NOTA PETA MINDA

Peta Minda 1 - Angin

Peta Minda 2 - Bentuk Muka Bumi

Peta Minda 3 - Hujan

NOTA GEOGRAFI RINGKAS

http://www.andrewchoo.edu.my/wp-content/uploads/2010/04/PMR-GEOGRAFI-NOTA-T1-2-3.pdf

BENTUK MUKA BUMI

Tanah Pamah
  • Dataran
  • Lembah
  • Lembangan
  • Delta
  • Paya
Tanah Tinggi
  • Gunung lipat muda
  • Gunung lipat tua
  • Banjaran
  • Dataran tinggi
Pinggir laut
  1. Hakisan ombak
  • Tebing tinggi
  • Tanjung
  • Gua
  • Teluk
  • Gerbang laut
  • Batu tunggul
  • Batu sisa
     2.  Mendapan ombak
  • Pantai
  • Anak tanjung / tetanjung
  • Beting pasir
  • Tombola
  • Lagun
  •  
   
     
 
     
     
     
     
     
     

Wednesday, 2 May 2012

Selamat Datang Ke Blog Subjek Geografi Tingkatan 1

Pengenalan

Blog ini merupakan satu bahan rujukan untuk mata pelajaran Geografi Tingkatan 1.